Tuesday, 15 January 2013

WHIPPING CREAM

Assalamualaikum. Seperti yang telah dijanjikan, SisApple Delight akan berkongsi #3 TIPS penting untuk membuat topping pavlova iaitu Whipping Cream.

Tip #1
3 jenis Whipping Cream.
1. Dairy Whipping Cream
Dairy Whipping Cream adalah tenusu terhasil dari haiwan. Jadi hendaklah dipastikan ia dari sumber yang HALAL. Buat masa ni, yang pasti, adalah jenama Anchor yang diakui oleh New Zealand Islamic Meat Management (NZIMM) yang juga merupakan satu badan diakui oleh JAKIM.



2. Non-Dairy Whipping Cream
Whipping Cream jenis ini adalah produk dari bukan tenusu tetapi dari minyak sayuran. Ia lebih mahal, tetapi, mudah untuk disediakan. Antara jenama Non-Dairy Whipping cream adalah Rich's atau Value Pride.

3. Whipping Cream Spray
Jenis ini saya tidak boleh komen sebab tidak pernah lagi mencuba. Tapi yang saya tahu, adanya jenis spray dimana pelanggan boleh menyembur whip cream yang sudah siap terus ke atas pavlova atau kek. Sekiranya saya sudah mencubanya, in shaa Allah akan diceritakan di ruangan lain yang akan datang.

Tip #2
Mangkuk Mixer dan Pemukul
Pastikan mangkuk dan pemukul mixer bersih dan dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum memukul whipping cream.

Tip #3
Sekiranya menggunakan Dairy Whipping Cream, perlu di tambah gula dan vanilla. Kemudian, seperti yang digambarkan oleh namanya, whipping cream hendaklah dipukul atau diputar terus dalam keadaan sejuk sehingga menjadi whipping cream. Agak sukar untuk mendapat whipping cream yang putih gebu, "just right". Practice makes perfect. Hanya satu pesanan dari saya, jangan lah dibuang whipping cream tu kalau krim menjadi buttermilk/butter bila terlebih pukul. Cari la resepi lain yang menggunakan buttermilk pula. ;)

Untuk Non-Dairy Whipping Cream, ia lebih mudah disediakan dengan hanya memukul krim tersebut. Tidak perlu menambah gula dan vanilla. "Tetapi sekiranya mahu lebih "kick" bolehla menambah vanilla untuk menghasilkan bau krim yang sedap" (Fadhilah Z.A., pemilik
http://takemehommylicious.blogspot.com)

Dengan itu, cukuplah 3 tips yang hendak SisApple Delight kongsikan bersama buat para pengunjung semua. Semuga ilmu yang dikongsi dapat diaplikasikan untuk membuat whipping cream pavlova atau kek dan menjadi ilmu yang bermanfaat hendaknya, in shaa Allah.

Selamat Malam dan jumpa lagi untuk tips yang akan datang.

Sumber Rujukan
http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/05/whipping-cream.html?m=1
http://jomkepandan.blogspot.com/2011/07/generic-halal-logo-used-in-anchor.html
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia
http://www.fonterrafoodservices.net/en/my/files/content/products/whipCream_0.gif

No comments:

Post a Comment