Thursday, 27 August 2015

SISAPPLE TART NENAS RAYA HAJI 2015


Assalamualaikum,

Sekali lagi, kami membuka tempahan untuk tart nenas bunga-oldskool-resepi bonda-cair di mulut-lekat di hati ini. Jangan lepaskan peluang untuk makan tart nenas bersama-sama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan sambil menjamu lauk daging korban sempena Hari Raya Aidil Adha bulan depan. Tempahan dibuka sehingga 3 SEPTEMBER 2015 (Khamis) depan.

SMS/Whatsapp 0196166197. Terima kasih

SisApple Tart Nenas @ Kuantan

Sunday, 14 June 2015

Assalamualaikum
SISAPPLE TART NENAS

Kepakaran kami adalah menunaikan hajat pengidam-pengidam tart nenas bunga yang suka komplen "Dah lama dah cari tart nenas bunga. Tak jumpa-jumpa". Jangan risau! Dah tak perlu komplen! Kerana kami ada menyediakan tart nenas Cair di Mulut, Lekat di Hati yang menggunakan Resepi Rahsia Ibu Mertua! Rasa tart nenas ini akan menyebabkan pengidam-pengidam tart nenas bunga ini terimbau kembali suasana hari raya di zaman kecik-kecik dulu. Tak percaya? Cuba try sebalang dulu! Konfem tak cukup 2 balang!!!

Hubungi kami di 0196166197. Cepat-cepat whatsapp.
Tarikh tutup tempahan adalah 18hb Jun 2015.


Sunday, 15 March 2015

SISAPPLE DELIGHT TIDAK LAGI BEROPERASI

Assalamualaikum, 

Sejak awal bulan Mac 2015, saya telah mendapat banyak mesej menanyakan tentang tempahan pavlova. Saya agak hairan bagaimana pelanggan dapat maklumat mengenai SisApple Delight. Bila difikirkan balik. rupanya, blog saya masih belum "update" mengenai bisnes kami terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Pengumuman hanya dibuat di facebook SisApple Delight. Rupanya ada ramai juga pelawat blog ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi bertandang.

Mengenai "Kenapa kedai ditutup?"... Untuk makluman semua pengunjung blog, saya sedang sambung belajar dan bisnes pavlova merupakan "part-time business" saya. Oleh kerana bibik saya juga pembantu bisnes saya balik kampung September tahun lepas tetapi tidak pulang semula untuk bekerja dengan saya , maka saya terpaksa berhenti dari meneruskan bisnes ini. Tetapi, bulan lepas bibik ada tanya saya, kalau dia nak datang kerja balik. Jadinya, ada kemungkinan kami akan beroperasi semula jika bibik saya jadi datang balik kotttttt. hehe.

Mohon maaf di atas mesej-mesej yang dihantar telah mengecewakan para pelanggan yang ingin mendapatkan pavlova SisApple Delight. Saya juga rindu hendak berpavlova dan berbisnes semula tetapi keadaan sekarang tidak mengizinkan. Doakan saya berjaya! Terima kasih di atas sokongan yang diberikan. 

:) :) :)

Salam sayang, 
SisApple Delight
Kuantan


Sunday, 29 June 2014

PROMOSI RAMADHAN/SYAWAL

Assalamualaikum,

Apa khabar semua tetamu yang datang bertandang ke blog SisApple Delight? Maaf kerana kurang meng'update' isi kandungan blog disebabkan selalunya saya meng'update' facebook page, SisApple Delight. 

Tanpa panjang cerita, di sini, ingin dikhabarkan beberapa promosi semepena Ramadhan/Syawal 1435H/2014M

1. Refubee Pretzel Diskaun 10% dengan pembelian 3 medium Refubee Pretzel sementara stok masih ada bermula hari ini iaitu 30hb Jun 2014.



2. Tart Nenas Bunga Diskaun RM5 dengan pembelian 5 tall box tart nenas bunga. Promosi ini akan berlangsung sehingga 30 Ramadhan insyaAllah. Harap dapat membuat tempahan sebelum 10hb Julai 2014. 

 

3. Kerepek Seaweed Diskaun 5% dengan pembelian 5 kerepek seaweed. Promosi ini juga sehingga 30 Ramadhan insyaAllah.



SMS/Whatsapp 0196166197.

SisApple Delight
One bite will make you want more

Monday, 4 November 2013

TIPS PENGURUSAN KEWANGAN SUPER POWER #5

Assalamualaikum

Saya sangat tertarik dengan gambar akaun debit kredit bulanan yang dikongsikan oleh facebook Oh! Media. Pelik tetapi benar. Mustahil tetapi hakikat realiti kehidupan di Malaysia pada masa kini. 

Tips #1
Akaun Debit Kredit Bulanan
Saya tidak pernah diajar untuk membuat akaun debit kredit bulanan sehinggalah selepas setahun saya berkahwin, baru saya mula buat akaun ini. Terima kasih kepada buku Azizi Ali: Jutawan dari Jupiter, kerana dari situ saya dapat ilmu nak buat akaun belanjawan keluarga. Terkejut "beruk" bila tengok belanja bulanan lebih banyak dari gaji bulanan campur suami isteri!! Apa benda yang kitorang beli banyak sangat tu kan? Padahal kereta tak bergerak pun sebulan, dan masa tu duduk kat Machang, Kelantan je pun?? Huhu.

Tips #2
Akaun Debit Kredit Tahunan
Untuk tips nombor 2, hujung tahun 2013 nanti, cuba buat akaun debit kredit tahunan. Saya buat dulu dalam komputer menggunakan Excel. Jadi, siap buat graf dan boleh tengok duit belanja mana yang paling tertinggi memuncak!!! Pada masa itu, belanja yang paling tinggi itu adalah cuti-cuti, servis kereta, dan perkara-perkara lain-lain.

Sebenarnya, dengan adanya akaun debit kredit ini, ia akan menjadikan kita lebih berdisiplin. Ia akan menjadikan kita "takut berbelanja". Nak belanja, tengok duit dulu. 

Tak percaya, cuba tengok gambar yang saya kongsi inilah. Adakah anda rasa, ada perkara-perkara yang kita boleh jimatkan sebenarnya. Kan?

Tak lah baki simpanan tinggal RM36 je kan? 

Selamat pagi semua!! SENYUM!!! 



Friday, 1 November 2013

TIPS PENGURUSAN KEWANGAN SUPER POWER #4

Assalamualaikum


Jangan merasakan terlalu lambat untuk memulakan pengurusan kewangan kerana lagi lambat anda mula menabung, lagi banyak anda akan rugi.
"Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". 
"Ilmu tanpa amal adalah sia-sia".

Tips kali ini mudah sahaja. Sebenarnya, saya dah pernah sebut dalam post saya sebelum ini, tentang Hari Gaji. Tapi, kali ini, saya jadikan ia Tips Pengurusan Kewangan Super Power #4 iaitu Simpan Dahulu Baru Guna.

Warren Buffet pun menyatakan:
"Jangan disimpan duit selepas digunakan, tapi gunakan duit selepas disimpan".

Simpanlah duit di dalam 1) Tabung FFA & 2) Tabung LTSS. Kemudian, bahagikan duit yang kita dapat untuk
3) Tabung Necessity/keperluan, 4) Education/Pendidikan kita (haaa, Pesta Buku Big Bad Wolf di Zenith Hotel 25-29 April 2013, 10am-9pm). Jangan lepaskan peluang!! 

Masukkan duit dalam 4 Tabung yang pertama dulu. Kalau tak cukup, terpaksa la 5) Tabung PLAY berkorban.. Tapi, saya tak sanggup berkorban Tabung PLAY ni sebab ini lah peluang saya, suami dan anak-anak boleh beronok-ronok. Last sekali, jangan lupa 6) Tabung Charity/Sedeqah kita. Semuga ia menjadi amalan sedeqah jariah yang tidak terputus bila kita di alam kubur nanti..

Selamat Menyimpan Dahulu Baru Mengguna.. dan berkira-kira untuk 6 Tabung! Keluarkan kalkulator untuk mengira. Semuga pengurusan kewangan kita hari ni menjamin kewangan kita semasa kita pencen! InsyaAllah.

Wednesday, 30 October 2013

TIPS PENGURUSAN KEWANGAN SUPER POWER #3

Assalamualaikum.

Sejak saya berkahwin, saya memang diajar oleh suami untuk membaca buku-buku tentang pengurusan kewangan. Namun, dari kursus yang kami pergi baru-baru ini, kami berdua telah menjumpai satu ilmu baru mengenai 6 TABUNG!!! Dan, dari 6 tabung tersebut, saya paling suka TABUNG NOMBOR 5!!! hehe 

PERINGATAN: Sebelum memulakan simpanan di dalam setiap tabung, gaji suami dan isteri hendaklah disatukan seperti yang telah saya ceritakan di dalam tips #1 hari tu. Masih ingat lagi?? 

Jadi, inilah dia 6 TABUNG yang kita perlu ada:

1.Tabung FFA (Financial Freedom Account)
10 % dari keseluruhan gaji suami isteri hendaklah dimasukkan ke dalam tabung ini.

Duit dalam tabung ini hanya untuk disimpan dan digunakan selepas kita pencen. “Kalau boleh, kad ATM, buku akaun tabung ni, pergi bakar. Kecemasan pun tak boleh guna duit yang ini!” hihi

2. Tabung LTSS (Long Term Saving for Spending)
10 % dari keseluruhan gaji suami isteri hendaklah dimasukkan ke dalam tabung ini.

Duit dalam tabung ni pulak adalah duit simpanan yang akan digunakan membeli barang-barang yang kita impikan 2-5 tahun lagi, seperti, smartphone iphone 5 ke, Macbook air ke, rumah banglo 3 tingkat ke, kereta besar mewah ke… Benda-benda yang kita tak boleh dapat sekelip mata tapi kena menabung duit dahulu la kiranya, itu dari pemahaman saya lah.

3. Tabung NEC (Necessities)
55% dari keseluruhan gaji suami isteri hendaklah dimasukkan ke dalam tabung ini.

Seperti yang ditulis di dalam nota saya, segala barang-barang dapur, bil-bil, bayaran balik pinjaman adalah dari tabung ini. Masa kali pertama saya buat kira-kira, perbelanjaan rumah kami lebih dari 55%, errkkk! Camne tu? “Jadi, kena la kurangkan kos gaya hidup ataupun tambah pendapatan melalui bisnes”. Ooooo…

4. Tabung EDU (Education)
10 % dari keseluruhan gaji suami isteri hendaklah dimasukkan ke dalam tabung ini.

Ini bukan Tabung Pendidikan anak-anak tau. Tapi ini Tabung Pendidikan diri sendiri! Boleh gunakan duit dari tabung ini untuk membeli buku-buku (boleh dapat pengecualian dari cukai, tau tak? Dah isi ke e-filing?) dan menghadiri kursus-kursus untuk peningkatan ilmu dan kemahiran diri.

5. Tabung PLAY (Play Account)
10 % dari keseluruhan gaji suami isteri hendaklah dimasukkan ke dalam tabung ini.

Haaa… Ni tabung yang PALING PALING PALING saya suka! Hehe. Sebab duit dalam tabung ini adalah untuk pergi “holiday”, “shopping”, “dating” (ehem ehem). hihi

6. Tabung CHARITY
5% dari keseluruhan gaji suami isteri hendaklah dimasukkan ke dalam tabung ini.

Jangan sesekali kita lupa untuk memberikan sedeqah/zakat/hadiah kepada orang lain kerana rezeki yang dianugerahkan kepada kita hanyalah pinjaman dari Allah kepada kita sebenarnya.

WALLAHUA’LAM. 

Semuga ilmu ini bermanfaat buat anda juga kerana ia sangat disukai oleh saya!  Terima kasih Doc! 

Kredit gambar: Nota dari kursus dari Dr Azizan Osman, Intensif Mentor Kejayaan dan Kejayaan,Setia City Convention Centre, 1-4 Februari 2013.